=:: RizEyna's Family ::=

........Coretan Untuk Ellya | Wafi & Qasyah........

Hari Pertama Persekolahan Ellya

By 12:45 PM ,

Pastinya semua ibu2 tidak sabar-sabar menanti hari pertama persekolahan anak yg pertama , overxcited, tak dapat mengagak kejadian pada hari itu, adakah berlalu dengan lancar penuh drama swasta??..ataupun tragis anak2 kalian menangis meraung??..kenkadang ibu berlebih2 lagi berdebar dr anak ibu sendiri.

Sehari sebelum tiba hari persekolahan, mama perhati ada sedikit perubahan pada Ellya. Siap2 mama pesan minta Ellya tido awal. Dah x boleh layan Astro Ceria macam biasa. Untuk makluman waktu tido harian Ellya tidak kurang dari pukul 1 pagi, pernah minah sorang nih berjaga sampai kol 4-5 pagi. Ibu mana tahan mata nak layan mood *Ceria* dio tuh. Ada sapa sanggup mai la amik sekarang jugak!! Kalu dah sampai 4-5 pagi hormon mama pon bertukar..dr mama mithali jadi mama rimauu..korang bayangkann lah mama buleh test sore power mama kol 4 - 5 pagi. Duk rumah deret2 asik jd mama tarzan jer, jiran mana la tahan kan!!..mama buat x reti jer. Back cite asal, korang tahan ke ngn pe'el macam anak dara mama nih. Mungkin masa ngndungkan dio, mama suka stay up memalam, nak abihkan degree punye pasal.Study sampai tertido kau. Rasain sekarang..anak ikut peel mama dolu2..Td mcm cita pasal lain..kan dah lelebihh.

Antara perubahan2 yg mama sedar Ellya siap2 nak masuk tido awal lagi tuh. Excited sungguh beliau nak pegi sekolah. Astro Ceria pon tgk lebih kurang jer. Minta buatkan susu pastu baring2 dekat ngan baby qasyah. Mama pon join la sekali, sambil temankan ellya tido & susukan baby qasyah sekali. Mama story la sikit benda2 bes kat sekolah, byk na pertanyaan demi pertanyaan dr Ellya menunjukkan dio mmg xcited nak pi sekolah. Baguslah kalu minat nak pegi sekolah, sbgai mama kena la tanamkan rasa minat dan seronok anak2 nak pergi sekolah kann. Awal pagi Ellya bgn dulu dari mama + papa, kejutkan ma + pa nak pegi sekolah. Mama mandikan ngn air suam, prepare baju kurung & pakaikan tudung.

Gelagat Ellya dalam kereta odw nak pi hantar Tadika

Posing bagai 1st dy nak pi sekolah, bj sekolah x dapat lg,
tu yg mama pakaikan bj kurung, sweet kan..

Hari pertama anak mama, Ellya mulai persekolahannya pada 03 Januari 2012 ( Selasa). Teringat kan zaman mama mula masuk sekolah dulu2, flash back semula rasanya mama antara murid
yg masuk golongan independent.X kisah pon kena tinggal kat sekolah dan boleh berdikari sendiri. Harapan mama, puteri mama sorang nih pon mcm tu jgk la. Pukul 8.30 mama + papa ke Tadika Kemas Gelugur Kedai utk daftarkan Ellya sekolah. Mama & Papa siap2 cuti harini semata2 nak hantar sendiri puteri mama nih. Bagi support sikit. Siap pendaftaran, Ellya dapat sepasang baju kurung Kemas dan satu beg sandang Free. Kata Cikgu Esok Baju sukan dan seluar sukan akan diberikan percuma. Daftar murid baru cuma RM 30.00 dan every month bayaran tadika hanyalah RM 10.00. Murahkan. Ellya pon seronok mai sekolah. Lagi satu Ahad, Isnin dan Selasa Ellya ada kelas mengaji. Hari Isnin dan Rabu pulak kena pakai baju sukan, mungkin ada aktiviti bersukan lepas nih.

Sesi pendaftaran, nampak mama je ada..papa mana yer!!!
ops..cameraman..

Posing ngn bj tadika, suka sgt dioo

Ellya & kengkawan baru, murid paling muda + kecik

Kalu tgk pic2 Ellya, beria kan Ellya ngn kawan2 baru dia, siap berpimpin2 tgn lagi. Tak la mama risau nak tinggalkn dia kat tadika nnt. Muka Ellya pon ceria jumpa kawan2 baru. Tadika Kemas dibuka untuk murid berumur 4-6 sahaja & Ellya baru je 4 tahun 2 minggu menjadi murid paling muda dalam kelas. Sebenarnya Ellya register bersama ngn sepupunya ( Shafiyyah Hannah) tapi oleh kerana Shafiyyah x sihat tak boleh la ikuti kelas hari nih. Mai register jer. Layan Gambar2 Ellya semasa dalam kelas ngn kawan2 dia. Seronok sungguh dia ..

Shafiyyah ditenangkan mamanye,
meragam sbb x sihat, Ellya x abih posing lagih

Sesi sarapan pagi, menu susu panas dgn
2 keping roti.orait la tuh

Sebelum Mama + Papa balik, Ellya salam peluk cium dulu. Mama nak pastikan dia selesa ngan keadaan kelas, suasana baru, kawan baru dan pembelajaran yang akan dia jalani nanti. Akhirnya mama sedar yang mama dah makin *tua*. Puteri yang dulunya mama timang, peluk, cium, tapak tangan sebesar ibu jari sudah besar dan sekarang dh masuk sekolah tadika. Cepat sungguh kan masa berlalu. Kenapa mama macam nak menangis je nih..sob sob..sedih pulak sbb tgk pic2 lama ellya masa bayi. Sungguh kecil dan comel. Dan Paling kuat meragam time kecik dulu. Mama syukur dengan anugerah dan amanah yang Allah beri pada Mama dan Papa. Nnti Ellya bila dah besar pandai membaca dan menulis semoga dapat membaca N3 ini dan faham yang Mama dan Papa sayang sangat anak2 mama sampai akhir hayat.

You Might Also Like

0 love this entry