=:: RizEyna's Family ::=

........Coretan Untuk Ellya | Wafi & Qasyah........

Qasyah Sakit Tangan, Kaki & Mulut

By 4:18 PM

Sian baby mama last week monyok saja,
Makan x mau, minum susu x nak, asik menangis je semalaman.
Pening kepala mama, apa pulak sakit Qasyah kali ini.
Next day pegi klinik doc sahkan qasyah sakit tangan, kaki & mulut..PULAKK!!!





Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
  • Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
  • Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak
  • Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit
  • Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung
  • Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan
Tanda dan Gejala Penyakit
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Demam    
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
Langkah-langkah Pencegahan
  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
  • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:
  • Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
  • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu
Sumber Maklumat : Kementerian Kesihatan

Sedikit info dari internet..
cuma mama perasan Qasyah dapat sakit nih after Majlis kerja kahwin Kak Eka..
ramai sangat manusia banyak jugak virusnya..
Now Qasyah dah sihat mama pulak tak larat nak kejar..

You Might Also Like

3 love this entry