=:: RizEyna's Family ::=

........Coretan Untuk Ellya | Wafi & Qasyah........

Bila Mereka Demam!!

By 10:59 AM

Inilah kisah nya bila anak2 mama demam..ekceli mereka2 ini susah sangat / jarang beno kena demam..bila dah kena parah la jugak lagih2 Ammar Wafi..Lepas balik dari Langkawi hari tu next daynya Ellya mula2 sekali kena demam..time tuh mama suapkan ubat demam stok sediada..plan mama & papa nk sambung holiday kita ke KL dan berfoya2 di Gambang waterpark terpaksalah dikensel..Walhal cuti ambik direct dari Jumaat 9hb sampailah bertemu Sabtu 17 hb..lama tuh peruntukan cuti2 mesia..Lepas Ellya kena papanya pulak batuk2 + demam si kura2..hihi..Dua hari lepas tuh Ammar Wafi pom dah berjangkit sama..Inilah rentetan crita demam berjemaah diorang..Setakat ini mama selamat dari virus ini..cuma sesekali Baby Qasyah suam2 kuku..mama cepat2 suapkan ubat demam sekali..
Mama bawak pegi klinik check up 2 beradik ini lagipun ubat demam sediada sudah habis..jumpa doktor macam biasa supply ubat demam + batuk + antibiotik utk Ellya dan Wafi..Ellya dah makin kebah cuma Wafi yang susah nak dijangka sbb kadang kebah kadang panas badannya lebih2 lagi kalu di waktu malam hari..Mama doakan semoga Kak Ellya & Abang Wafi cepat2 sembuh dan boleh bergalok macam biasa..Rindu nak dengar suara anak2 mama semua..

You Might Also Like

1 love this entry