Projek Pembinaan Pagar, Garaj Kereta & stor | 2014
Projek ni bermula minggu ni..lama sudah plan tapi haruslah kena ada bajet..now baru konfiden nak buat projek ni setelah merancang agak lama..Pelan projek & kontraktor adalah kawan papanya Enggineer & arkitect kat JKR..mama memang serahkan kerja & seliaan kepada papanya 100%....
Projek ni melibatkan pembinaan garaj kereta baru memandangkan garaj kereta sediada memang tidak dapat menampung lagi kete kita..kesian kete berpanas berembun berhujan tanpa bumbung, risiko pun ada sebab parking kat luar pagar jer..so kami sepakat nak adakan garaj kereta baru harapan supaya muat la kereta kami nanti..huhu..
Di samping tu bersekali dengan pembinaan pagar konkrit + kayu berpalang..cemane nak jadi kena tunggu la sampai siap..design telah kami submit dan kontraktor dah sanggup nak buat. Kami pakai pagar chain-link je sebelum ni..cumanya mama request papanya suh bina pagar tinggi je skit then bia palang kayu jarak jgn la luas sangat nak privacy la jugak..nk berkebun ke apa tak la segan sangat ngn jiran2..huhu..
Last sekali kami nak bina stor kat bahagian belakang rumah now area tu buh mesin basuh..kami plan nk adakan stor memandangkn keperluan tempat khas nak letak barang2 yang banyak bia teratur..
Kat area belakang lepas ni dah takde rumput sebab kami plan nak pasang tiles tutup semua longkang cuma ada stor ngan ruang mendobi je..no more serai serai lengkuas daun pandan bagai..sedihhh..
Progress setakat minggu ni ini jelah.. kren dah masuk pecahkan tanah projek utk bina stor dan porch terlebih dahulu pagar kendian..
Ni semasa diorang bersihkan lebihan daun pandan lengkuas semua..lepas ni dh xleh bercucuk tanam la mama..
Kren masuk separuh je..selebihnya nanti diorang akan cangkul manual penat gak ni sebab tanah sini keras gile..
Tanah berair tu sebab paip sink dah pecah sebabnya kren tak perasan ada paiping kat sini..petang semalam diorang dah setel paip dah tuka siap tanam..beress
Hujung sana ada space sikit nak buat stor dan dobi area..kecik je area nya pon..
Insya Allah mama akan updt nak tahu progress..
Entri masa masuk rumah ni pun mama hutang lagi dari mula sampai habis..
bila ada masa & kekuatan rasa nk up gak entri tuhh..
kena cari arkib gambar dulu..
Setakat ni je lah projek awal tahun 2014...kena ikut priority sebab melibatkan bajet tahunan..Bajet holiday dah byk kena cut ni..adehhh
0 love this entry