=:: RizEyna's Family ::=

........Coretan Untuk Ellya | Wafi & Qasyah........

I LOVE my BELLY

By 11:09 AM ,

Start 2007 until 2011 , perut mama x pernah nampak slim.nampak langsing. Sepanjang tempoh itu perut mama didiami oleh manusia yang paling comel, paling menawan dan paling menggembirakan hati mama + papa. Layan je mama dengan perut mama yang cun ni!! Cun ke tuan puan..hahahahhhaaa

1st time mama ngndung, biasalah anak sulung alahannya teruk sikit, bulan ke 5 baru boleh telan nasik. "Lalu" makan sebarang mee je. Morning sickness 3-4 bulan x habis2 lagih. Almaklumlah dapat anak pompuan. Manjalah sikit alahannya, skang pon baby yang kuar ikut sama peelnye..huhu. Lupa nak gitau yg mama tgh ngandungkan Baby Ellya Irdina Aisya time nih. Selamat melahirkan pada 16 Disember 2007 melalui pembedahan. Kesnya baby x mo pusing, melintang kedudukannya.

Baby : Ellya Irdina Aisya
Tarikh bersalin : 16 Dis 2007
Berat : 2.9 kg
Masa Kelahiran : 10.05 pagi
Tempat Lahir : Hospital Nur Zahirah, Kuala Trg
Gender : Perempuan

Time ni mama sedang berkursus di PD, smpat ambik angin ngn kenkawang kt pantai telok kemang, PD. Yg frustnye mama x leh naik roket banana. Ada hati nak naik, tengok perut nye udahlerrr.

Aura mama boyot tetap berseri2 gituh.

Orang kata kalu anak pompuan perutnye membulat sikit.Kebetulan yg kuarnya pompuan. Comel sungguh. Takpe puji anak sendiri.Huhuhu. Jeles sbb kat belakang diorang sibuk naik roket banana. Mama x tau bila bleh naik. Asik memboyot je.

Gambar ni time mama ngandungkan Muhammad Ammar Wafi. Mama disahkan ngndung time Ellya baru 5 bulan. Alhamdulillah rezeki Allah. Semua orang tanya, x takut ke atau seriau sbb mama baru lepas bersalin ceaser Ellya, pastuh boleh ngndung dalm masa terdekat. Apa nak dikata, Mama syukur PadaNya. Selamat bersalin di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 11 Februari 2009 melalui pembedahan ceasarian. Kena bedah sekali lagi sbb kedudukan baby unstable, kejap songsang kejap mlintang. Serah diri lagi sekali.

Baby : Muhammad Ammar Wafi
Tarikh bersalin : 11 Februari 2009
Berat : 3.1 kg
Masa Kelahiran : 11.12 pagi
Tempat Lahir : Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelate
Gender : Lelaki
Dukung Ellya dengan kandungan 7 bulan.

Ellya yg manja, ellya yang comel belum sampai setahun lagih

Bergembira ngn Ellya di Genting Highland.

Sempat abihkan degree & konvo ditemani Ellya & Papa.

Ngandungkan Wafi mama suka main air. Mandi manda di Sunway Lagoon
Ellya dan Mama di Taman Tamadun Islam, Kuala Trg.
Baju sama masa ngandungkan Ellya.

Gambar ini masa mama ngandungkan Muhammad Ammar Qasyah. Tak banyak gambar2 yang ada. Mama kena cari dulu gambar2 baru bleh upload semula dalam blog nih. Baby Qasyah selamat dilahirkan pada 23 Ogos 2011, pkl 9.25 pagi di HRPZII, Kota Bharu melalui ceasarian jugak. Disbbkan sebelum ni mama dah ada previous scar, 2 x dah ceaser so harapan nk deliver normally x dibenarkan doctor. Kena jgk masuk bilik bedah kali ke 3. Lagipon kedudukan bayi songsang jugak. Tak dapat la merasa bersalin normal macam ibu2 yang lain. Semua anak2 mama kluarnye ikut tingkap.

Baby : Muhammad Ammar Qasyah
Tarikh bersalin : 23 Ogos 2011
Berat : 3.45 kg
Masa Kelahiran : 9.25 pagi
Tempat Lahir : Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelate
Gender : Lelaki

Bercanda ria bersama ngn family kak nora, suka betol Ellya & wafi dapat main pasir.

Gambar2 seterusnya mama akan upload later2. x sempat nk cari lagih.























You Might Also Like

3 love this entry