HAPPY BIRTHDAY TO ME!!! | Terimalah Kenyataan Usia Dah 3 Series...
Rasa lain je sambut birthday sendiri tahun ini..
maklum saja umur mama sudahpun genap 30 tahun hari ini..
Terima kasih tak terhingga buat bonda ku yang tercinta kerana tanggal 23 Mei 1983 daku dilahirkan oleh insan yang cekal dan berhati mulia "Puan Asmat bt Hussin"
dan aku akan sentiasa menjadi anak kecilmu sampai bila-bila..
Alhamdulillah syukur kepadaNya mama masih sihat sejahtera sampai hari ini, esok lusa siapa yg tahu..
Alhamdulillah mama ditemani oleh Mr Papa sepanjang perjalanan hidup ini..banyak suka dan duka kita harungi bersama..
pejam jelik dah hampir 11 tahun we know each other dan hampir 8 tahun juga kita menjadi kekasih halal..hihihi...
harap sedikit kebaikan mama papa ingati dan banyaknya keburukan mama papa pejam2kan lahh huhu..
Mana ada perfect couple kan??..yang buruk kita atasi yang baik kita ulang dan ulang lagi..lets TRANSFORM & audit diri kita
Mama juga bersyukur dikurniakan anak2x tersayang..Kak Ellya, Abg Afi & Adik Qasyah..tiga manusia kecik yang kadang-kadang buat mama sentap tapi sungguh mama rindu & tercari2x kalian bila takda depan mata..Sayang anak2x mama...anugerah terindah dr Yang Maha Esa..
Mama sempat buatkan besday kek mama yang tak seberapa..kali ni mau buat sendiri, comot ke tak sedap ke tak pa asal bleh buat sendiri..mama amik resepi di sini, mama bukanlah pakar tapi bolehlah kalau nak makan sendiri...Inilah dia Absolute Chocolate Cake versi mama..
3 love this entry